Mungkin tarikh ni adalah tarikh biasa dah hari ahad untuk semua. Tapi ia amat istimewa untuk saya. Tarikh 19/02 sama number dgn 19/04. Cuma beza bulan dan tahun jer. 19/02 adalah tarikh birthday suami saya dan 19/04 adalah tarikh birthday saya.
Jadi hari ni tarikh birthday suami saya. Suami saya kena standby so dia keja from 10am until not sure. Dan saya kat kedai sbb kena jaga kedai pada hari minggu.
Suami saya seorang yang sangt simple, pendiam (ye ker) dan low profile. Saya tya, nak beli apa? semua nya takmau. Memamg payah kalau nak beli apa2 untuk dia, pasti tak akan beli unless betul2 memerlukan. Apa yang dia mau kalau boleh yg murah2 jerr...sayang suami saya.
Jadi conclusionnye saya memang tak beli apa2 hadiah untuknya. Mula2 plan nak beli jam tapi suami saya tak suka pakai jam. hhhmmm sayang suami saya hehhehehee..
Tapi kesian suami saya, dah 2 malam dia ajak saya makan domino tapi smpai hari ke3 masih takleh pegi makan lagi..sorry b. InshaAllah malam ni yer....Mlm ni pun risau takut tak sempat sbb malam ni majlis doa selamat untuk SJ mart pulak. Orang masjid nak datang baca doa. Kul 3 nnti nak start masak nasi berlauk untuk 80 orang. Agak ramai kan..Takper moga majlis kami diberkati olehNYA.
En Khairudin...Terima kasih banyak2 kerana sentiasa sabar dengan kerenah saya, sentiasa memahami....sentiasa sayang...sentiasa hormat menghormati...Tapi saya isteri ingin memohon maaf kerana kita belum diizinkan olehNYA untuk menimang cahaya mata. Kita berusaha tapi sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya yang mengharapkan keredhaan dan rezeki darinya.
No comments:
Post a Comment