Wednesday, August 24, 2011

Raya Preparation

Alhamdulillah, dah 24 hari kita berpuasa kan? Tinggal lagi beberapa hari jer. Saya dah tinggal 5 hari puasa, agak banyak tu jumlahnya. Berat nampak mcm ada reduce tp My tummy will probably extend its size without any growing baby, yet! ahhhaaa. So far, Raya preparation ala kadar je, Baju Raya dh dua pasang dahsiap dan satu lagi special sbb mr husband request. At first pegi subang parade nak bali bju melayu for mr husband jer tp lepas bayar jer, saya berbisik, saya rasa apakata kita bli baju saya jugak biar kita ber2 sama kaler. Awal tu kt umah dah check dh supaya bli baju melayu sama dgn bju cotton sya yg dah siap tu. Tapi bila smpai, hati sudah berubah. Inilah manusia, mudah sngat berubah.
Finally saya bilih sepasang kurung, cotton silk. Simple jer. Dan inilah kot rasanya baju raya yang termahal pernah saya beli. Lebih mahal dari harga sewa rumah saya sebulan. Tapi nafsu nak sama theme colour la. Shawl pun dh beli konon nak ala siti norhaliza tp harganya mak aiiii...700++. At last nasib baik jumpa juga kt Shah Alam Mall yang harganya agak berpatuta. It would be nice if we can discard the excitement untuk benda2 yang unnecessary ni kan? Huhu.
Kasut raya belum beli lagi. Maybe sepasang aje kot sebab kt shoe storage punya banyak dah kasut. Yang tak pakai lagi pun ada! Actually berkenan dengan satu wedges kt VINCCI tu tp takder size pulak. SALE pulak tu. Tapi, wedges dah banyakk sangat dah. Lepas tu tengok kat PRIMAVERA ada la satu HEEL yang berkenan tapi tak beli pun sbb perlu pikir lagi la.
Kuih raya pula tak banyak sangt. Budget pun kurang. Itupun tak sure lah sape yang nak makan sebab tak tau lah sape yang nak datang beraya kat rumah kitorang tu. Ada kek lagi. Tapi ingat nak bawak balik juga la kekampung. ada juga biskut yang dah tinggal separuh sbb saya dah makan ooppssss.
Untuk rumah pula just beli table runner and frame baru jer. Frame blom ambil lagi wapaupun tuan kedai dah call. HAri tu pegi, kedai dah tutup. Tak sabar gak nk tngok fram baru tu. Ntah muat atau tak nak dibawak masuk ke swift ku yg comel tu. Furnitures kat rumah semua masih baru. Tahun depan, inshaAllah bila masuk rumah baru. Masa tu baru lah plan nak tukar sofa and a few furnitures (kalau ada budget). Yang lama ni maybe nak tolak kedai second hand atau jual di mudah.my aja.
Eh saya juga beli contact lens ahakkss...grey gitu. Setakat ni jer la kot preparation saya. Hopefully kita semua akan menyambut Eidulfitri ni dengan penuh rasa syukur di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah Taala...InshaAllah.

No comments:

Post a Comment