Friday, July 8, 2011

Milk storage

As reference in future. passby kt satu blog ni so thought to paste it here it as for future reference..inshaAllah..

PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM)Pendahuluan:Susu ibu yang diperah boleh disimpan. Ia mengandungi sel hidup dan perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria menjadikan susu ibu kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
Bekas plastik atau botsusu bebas BPA (Bisphenol-A)s kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu.
Tempoh Penyimpanan EBM
Suhu bilik (19 hingga 26 °C), ( Sehingga 4 jam )
Bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), ( Sehingga 12-24 jam )
Peti sejuk (kurang 4 °C), ( Sehingga 7 hari tetapi bergantung kepada keadaan cuaca, tetapi di Malaysia sehingga 2-3 hari))
Peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), (1 pintu - tahan sehingga 2 minggu, 2 pintu - tahan sehingga 3 bulan dan sehingga 6 bulan Cara Penyimpanan Susu Ibu - Expressed Breast Milk (EBM)
Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh bersih (menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan)
Catatkan tarikh perahan pada bekas susu
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
Susu yang baru diperah sebaiknya disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk Cara mencairkan susu perahan yang sejuk @ bekuPendahuluanSuhu yang terlampau panas boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.Langkah-langkah:1. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
Lalukan bekas / botol susu di bawah aliran air paip beberapa ketika.
Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air suam ( Sukatan: 2 bahagian. air panas + 1 bahagian air sejuk). Nota: Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan perlahan botol beberapa ketika untuk menyamaratakannya. Peringatan: Jangan goncang terlampaukuat dan panaskan susu terus di atas api dapur , microwave oven dan didihkan susu perahan kerana ia boleh merosakan komposisi nutrien yang terdapat didalam susu ibu!!2. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
Turunkan beberapa botol (ikut keperluan harian) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam (supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. dan akan menjimatkan masa)
Ikuti langkah seperti diatas.
** Boleh juga menggunakan Pemanas (Warmer) untuk memanaskan EBMNota
Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan
Cair dan panaskan susu perahan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (w/pun tidak diminum oleh bayi). Ia perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.
Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 2-3 hari (Bergantung kepada suhu sesuatu tempat, Jika di barat, ia bertahan sehingga 7 hari).

No comments:

Post a Comment